SyawaL , Majlis Pertunangan & Sesi Beraya

Posted in Uncategorized on October 19, 2009 by elly

LAma rasanyer tak update blog ku ini…hum…terlalu sibuk sepanjang bulan syawal ni..mcm2 aktiviti ku bila pulang ke kg halaman…jmpa kawan2,melawat saudara mara, tak lupa juga undangan majlis pertunangan dan majlis perkahwinan…tapi walaupun penat yang pasti ku sangat bahagia dan gembira kerana masih diberi kesempatan unutuk menikmati semua kebahagiaan ini…syukur ku padaMU Ya ALLAH…kepada rakan2 yg melangsungkan majlis perkahwinan & pertunangan ku ucapkan tahniah …” Semoga limpah Kurnia Selalu Disamping Kamu Semua”.

Opss..lebih2 lak karangan aku nie..he3.. okeylah pada semua ..kuselitkan serba sedikit wajah2 keceriaan di sini… buat tatapam rakan2 dan semua….

Awak..

Posted in Uncategorized on October 15, 2009 by elly

Awak..

Saya malas awak suruh Rajin…

Saya Nakal Awak marah..

Saya senyum awak lagilah senyum..

Saya gurau awak gelak..
Sweet sangat Waktu2 camtu…

Tapi kalau saya takde nanti,

Jangan pulak awak ikut saya pergi…
Cuma doa je dalam hati…

Dan
Ingat dekat saya dah cukup awak…

Dan
buat saya tenang selamanyer…

Awak jangan sedih tau..
saya taksuka Airmata awak menitis nanti KERANA…
saya terlalu SAYANGKAN awak…..
Terlalu sayangkan awak …

Bidadari Syurga

Posted in Uncategorized on September 8, 2009 by elly

sekadar hiasan...SEKADAR MENYAMPAIKAN….. “Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?” Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah), sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah (kalau aku tak silap, oleh Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an. Jawapannya nanti dulu. Aku nak bincang hal yang lebih penting. Haha.. Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa yang terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak nak luahkan perasaan tu. Mmm..nampaknya sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan bidadari syurga. Aku guna perkataan ‘meluat’ sebab aku rasa inilah istilah yang paling sopan. Mungkin ada yang sampai rasa benci bila mendengar perkataan ‘bidadari’, aku tak nafikan. Apa puncanya sampai jadi macam tu? Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu. Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap kereta Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain. Aku pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah tabligh..ustaz yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu ada menyebut, “Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup, majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang masih lemah imannya..” Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyat.. Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga ‘pantang’ disebut tentang bidadari di depan wanita. Tapi..Dalam Al-Qur’an kan bidadari disebut tanpa berselindung? Ohoho…mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham pun bila mendengar atau membaca Qur’an. Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita ‘bermusuh’ dengan bidadari? Tak ada cara nak ‘mendamaikan’ dua golongan ni ke? Biar aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi. “Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia..” Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si datin tunduk sambil tersenyum kelat. Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagaiketua bidadari. Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi. Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari melihat isterinya. Hebat kan? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan? Tidak juga. Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang? Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya. Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya. Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab. Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi `uruban atraaba, yang apabila diterjemahkan bermaksud: “sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia mereka”. Di dalam bahasa Arab, kalimah `uruban juga bermaksud berahi berpanjangan. Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki normal macam tu). Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan? Barulah bidadari lain tak ‘kacau daun’. Betul? Tapi adakah anda pasti? Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni syurga; Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, “Benar. Oh, sungguh hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus, dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih.” ~au kama qaal Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas. “Tak kisah, janji dia tak layan bidadari..” mungkin itu jawapan seorang wanita. Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith yang menyatakan bahawa “tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau dahaga..”. (au kama qaal) Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun? Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. “Ketua! Biar kami pula ambil alih!” ..mungkin itu yang mereka kata. “Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!” Mungkin ada wanita yang berfikir begini. Izinkan saya bertanya lagi; “Tak nak pergi shopping ke?” ; ) “Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?” Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir, Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu ‘pasar’ di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil. Dan di ‘pasar’ syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka warna dan bentuk. Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh ‘produk’ yang dipamerkan, niatkan “Aku mahu yang ini!”; maka dengan serta-merta benda itu sudah dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya. Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik? Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang diperolehi mereka. Ibarat anda dah dapat semua file/software yang anda ingini, sampai anda tak tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak ‘search’ apa, sampai termenung di depan superkomputer yang terhebat dan terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya. Maka di ‘pasar’ syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta aksesori wanita (dan lelaki) dalam ‘rekabentuk terbaru’…’latest design’ kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu. Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA! Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik pecat orang (“you’re fired!”). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta-juta kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah saleh tu.. Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh didapati. Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian Wanita. “Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?” ..cheh. Ada sorang minah yang baca artikel ni boleh terfikir nak tanya camni.. Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi. “Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah, sungai, pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi”. belum habis lagi..ada sambungan hadith ni; “Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang terendah dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat yang ketiga, sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut, lu’lu’ dan zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit dan bumi.” Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja sewaktu isra’ dan mi`raj. Syurga tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia yang tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak pernah sampai kepada mereka ketika hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan masuk ke syurga setelah selesai menjalani qisas di mahsyar, jika mereka ada menzalimi sesama mereka. Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Maha Adil, tidak menzalimi seorangpun hambaNya. Tingkat pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat mengucapkan syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu pun kalimah Allah yang sempat dipelajarinya. Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat kita adalah bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat kedua, barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas. Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang kemas kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat perabut dan peralatan dapur? Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan perkakas dapur. Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas, agaknya apakah bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli syurga? Sudah tentu lebih mahal daripada emas! Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli syurga..termasuk juga kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda mahu, pasti ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu. Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda akan terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas! Emas pun setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun dibuat daripada berlian (kalau anda menghuni syurga tingkat atas sikit). Hm..Di pasar yang bagaikan real-life catalogue ini, semuanya lebih mahal dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping la sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira dapat membantu. Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka berkhidmat. Anda kan ketua mereka? Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu. Tapi kalau nak dapatkan ‘design’ terbaru tu, kenalah keluar dari rumah (istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara. Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun belum habis melihat keseluruhan bahagian ‘pasar’ itu. (kalau naik kenderaan yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat, mengatasi kelajuan cahaya). Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali! Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap minggu juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan, kurun hadapan, alaf hadapan…sampai bila-bila. Tiada had usia di syurga.. Soalan terakhir saya: Yang mana lebih menyeronokkan bagi anda; shopping dengan suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan sekolej (atau rakan serumah) anda dahulu? 😉 ..dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di sungai syurga bersama bekas rakan sekampungnya…atau mungkin dia cuma nak ‘berehat di rumah’ saja.. ;-j — Dah la..tak payah risau. Perasaan cemburu tu kerana disebabkan kejahilan tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur. Qaalu salaaman-salaama~ Lelaki dan wanita saudaraku sekelian..MARILAH MENUJU KEJAYAAN! Thanks for reading frens 🙂

What Exactly Do Women Want??

Posted in Uncategorized on August 1, 2009 by elly

Besides the meaning of life and the ingredients of hot dogs, many a man has questioned, “What exactly do women want?” We’re not playing coy here, we know we’re complex creatures. And, true, we operate on a different wavelength than men.
But women aren’t exactly the great mystery that men often make us out to be. The proof? We polled the YourTango staff and compiled a list of 9 simple things women want. Note: you won’t find diamond rings or other fancy things anywhere on this list. While many women really do want luxury goods from men, when you break it down they are just physical representations of some of the points on this list. We promise.

1. Respect. Show us through your actions that you respect our opinions, careers, interests, friends, bodies, and minds. You don’t have to agree with all that we say or do, but try to honor our opinions as valuable contributions. Follow the golden rule and treat us as you would like to be treated: Be honest, fair, kind, and considerate.

2. Romance. It’s another night on the couch with takeout and TiVo? Just because we’re staying in doesn’t mean the evening can’t be romantic. Light a few candles and see where the night leads. Treat us like your girlfriend, even after we become your wife. Date nights, physical affection in the car, kissing like when we first started dating — all of the things that made us fall in love with you don’t have to stop just because now there are bills to pay, a house to be cleaned, and kids to be bathed. Bring home flowers for no reason. We’re not talking $100 bouquets of roses here. Even the $10 bouquets from the supermarket are enough to make us smile.

3. Time. We understand relationships can’t be all wine and roses; simply making the time to be with us and treating us like your top priority says “love” more than all the fancy gifts and lovely letters ever could. This includes helping around the house. The realities of a 21st-century relationship are that both partners probably work. If you happen to get home before we do, why not vacuum the living room or throw in a load of laundry? If you take the garbage out without being asked, chances are you’ll be getting a big ole smooch when you come back.

4. Dinner. Of the homemade variety. You may not be good at cooking and you may not know how to boil water. But greeting us at the door after a long day with fish sticks (or whatever you can wrastle up) makes us swoon, because it shows that you’ve been thinking about us and our hectic day.

5. Communication. Women are vocal creatures. We know you love us, but it’s nice to hear you say it, too. We can also be insecure. We wish we weren’t, but the reality is that we often notice our wobbly thighs and forget about our gorgeous eyes. So let us know when you think we’re hot. Tell us we’re beautiful. It helps us feel good. Words of appreciation aren’t half-bad either. Tell us you love the lasagna we made. Notice that we cleaned the bathtub. It doesn’t have to be over the top, just let us know that you see the effort we put in, and you’re grateful.

6. Consistency. This doesn’t mean be boring and predictable. It means that we know you will (usually — no one is perfect!) give us the love and support we need. Knowing that you’re coming at this with the same desires and energy as we are goes a long way to making us feel secure.

7. Engagement. Of the mental kind, not the “I’m getting married in the morning” kind. You don’t have to like everything we like (we might be a little concerned if you do), but showing interest in our passions, be it career-related, a sport, or a hobby, goes a long way. Listen when we talk to you. We’re not speaking just so we can hear our own voice; we want to connect with you and this is one valuable way we do this. This also means paying attention to the little things. Whether it’s the name of your best friend’s husband or the fact that you hate Nicolas Cage movies, it’s the little things you remember about us that’s so endearing.

8. Humor and Humility. These two tend to go hand in hand. This doesn’t mean that you have to crack jokes or entertain us, but just being able to laugh at yourself is enough. Guys who take themselves too seriously bring everyone down.

9. Challenge. Not the kind that makes a relationship constant work, but the good kind that surprises and motivates us to do, be, or achieve what we desire. Studies show that partners who prod each other to meet goals — in other words, don’t support lazy or bad habits — are ultimately happier than those who don’t hold each other accountable.women..

TT Anak Johor 18/07/09

Posted in Uncategorized on July 20, 2009 by elly


18.07.2009 KLJB , lokasi Pelita Jln Ampang,flamingo Bowling & Bora Ombak Jln Ampang. Perjumpaan anak2 johor yang bermastuatin di KL..Terima Kasih pada rakan2 yang hadir .Betul-betul happy n happening ptg tu..seronok dapat tambah kawan2 baru . Perjumpaan di bora Ombak pula agak formal pada mulanyer..tapi bila masing2 dah mesra jadi seronok . Terima kasih buat rakan2 Fb yang sudi datang dari Langkawi, sarawak,Kedah,Melaka,perlis,kerteh Terenggganu dan KL….disini adalah gambar2 wajah keceriaan pada hari itu…

Pertunagan Tini & Amy

Posted in Uncategorized on July 12, 2009 by elly

11 July 2009 ,Ampang…tahniah kepada pasangan Tini & Amy di atas pertunangan mereka !! bila dah naik pelamin nanti jangan lupakan saya!!!hu3…di sini saya upload beberapa keping pic yg sempat diabadikan sepanjang majlis berlangsung..

Bau Bau Ketek

Posted in Uncategorized on July 7, 2009 by elly

kepada pasangan kekasih…dengar lah lagu nie. Kita kena terima pasangan kita seadanyer..biar pun ada “BAU”hahahahahahahahaha…lagu nie hanya sebagai hiburan sahaja!!gelak giler time 1st time dengar lagu nie…jom layan!!